Kelas Asas Usahawan (Facebook Page)
15 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14 June 2024, Kelas Asas Usahawan (Facebook Page) telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Surau. Kelas ini disertai oleh seorang peserta yang merupakan usahawan PEDi Kg Surau sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan aplikasi Facebook Page untuk memasarkan produk jualan. Melalui Kelas ini juga, peserta dapat meluaskan lagi pasaran dan dapat mempromosikan barangan dengan lebih mudah dan cepat. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih cakna dengan e-commerce supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan e-commerce sebagai platform untuk meluaskan lagi perniagaan. Dengan adanya kelas seperti ini, ia boleh mengembangkan lagi produk jualan serta menaikkan pendapatan peniaga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: